FORMAT UMUM UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK SEKOLAH RENDAH BAGI SUBJEK MATEMATIK

Hai kopisanangan dan salam sejahtera! Masih adakah yang belum tahu tentang format umum UASA bagi subjek Matematik sekolah rendah? Haaa jangan risau. Di sini Sigu Lulu kongsikan dengan anda semua mengenai format tersebut. Format ini diambil daripada DidikTV KPM.


BAHAGIAN A (SOALAN SUBJEKTIF)

  1. Bahagian A mengandungi 13 soalan subjektif. 
  2. Terdapat 3 kategori soalan yakni soalan-soalan 1 markah, 2 markah dan 3 markah.
  3. Soalan-soalan 1 markah boleh dicongak dan ditulis jawapan tanpa langkah pengiraan.
  4. Bagi soalan-soalan 2 dan 3 markah, LANGKAH PENGIRAAN WAJIB DITULIS dalam ruangan jawapan yang disediakan.
  5. Murid-murid digalakkan membawa alatan tambahan seperti alatan geometri (pembaris, jangka lukis, jangka sudut).
  6. Jumlah markah bagi Bahagian A ialah 26 markah.
  7. Dicadangkan murid menyiapkan tugasan bahagian ini dalam masa 45 minit. 

BAHAGIAN B (SOALAN SUBJEKTIF)
  1. Bahagian B mengandungi 2 soalan subjektif.
  2. LANGKAH PENGIRAAN WAJIB DITULIS dalam ruangan jawapan yang disediakan.
  3. Jumlah markah ialah 24 markah.
  4. Murid-murid digalakkan membawa alatan tambahan seperti alatan geometri (pembaris, jangka lukis, jangka sudut).
  5. Dicadangkan murid menyiapkan tugasan bahagian ini dalam masa 30 minit. 

Sumber: DidikTV (KPM)

Terbaru Lebih lama