MAY THE TEARS I CRIED IN 2022 WATER THE SEEDS I PLANTED FOR 2023

 Hai kopisanangan dan salam sejahtera kepada semua yang melawat blog Sigu Lulu ini. Belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT TAHUN BAHARU 2023 kepada semua. Bagaimana dengan tahun 2022 anda semua? 

Kalau melihat gambar yang saya sertakan di bawah, mesti ramai yang tertanya-tanya. Eh, dapat anugerah pula tu tapi kenapa masih benih? 


Tahun 2022 bagi saya merupakan satu tahun yang banyak memberi saya 'surprise'. Banyak benda yang tidak pernah ada dalam 'takwim peribadi' saya telah berlaku. Antaranya ialah melibatkan diri dalam menghasilkan inovasi pendidikan bagi subjek yang saya ajar di sekolah.

Semuanya bermula dengan satu pertemuan dengan Dr. Azizuan, SISC+ PPD Kota Marudu. Pertemuan yang sebenarnya hanya untuk mendapatkan penjelasan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan INOVASI ini. Saya ingin mencuba namun saya tiada ilmunya. Jadi untuk mendapatkan ilmu, kena berjumpa dengan orang yang berilmu. 

BBM yang kita hasilkan dalam kelas hanya akan kekal digelar BBM jika ia tidak didokumentasikan. Namun, jika kita dokumentasikan, ia akan bertukar menjadi INOVASI. Inilah dapatan yang saya perolehi daripada pertemuan ini selain daripada kata-kata "see you next year" daripada Dr. Azizuan (hahahaha).

Seminggu kemudian, saya mendapat satu panggilan telefon. "Sigu Lulu, seorang daripada peserta KAVASI-U tarik diri. So, take this opportunity!". Inilah inti panggilan telefon tersebut. Saya yang masih blur dan tidak bersedia agak terkejut dengan surprise ini. Namun, entah apa yang merasuki diri ini, dengan yakin mengatakan YES, I WILL TAKE THIS OPPORTUNITY! (Yakin sak ko jo!). Saya hanya diberi masa kecemasan selama 7 hari untuk menyediakan laporan dan slaid pembentangan. Kenapa masa kecemasan? Sebab selama 7 hari itu saya benar-benar hidup dalam kecemasan. 1001 masalah timbul. Sasaran kajian saya sedang sibuk bersukan di padang. Macamana saya mau kutip data??? Dan begitu laitu...my journey to plant the seed begins.

Saya mula menabur benih 'yang belum matang' dalam KAVASI-U dan benihnya saya namakan sebagai D'TUM. Dengan benih yang belum matang itu saya dapat PERAK. Ini juga merupakan satu surprise untuk saya. Kok bisa? Namun, kata Tuhan, inilah bahagian ko Sigu Lulu. Syukur puji Tuhan!

Dan saya terus cabar diri untuk ke peringkat seterusnya. Kolokium Pendidikan Peringkat Kebangsaan Anjuran PPD Tuaran dan UMS. Kali ini saya membawa benih saya (D'TUM) dengan satu harapan. SAYA MAU EMAS! PRAY FOR ME! Inilah kata-kata saya kepada anak-anak dan suami sebelum saya start enjin kereta untuk memulakan perjalanan ke Kota Kinabalu.

Namun, kata Tuhan rencanamu bukanlah rencanaKu. Saya minta emas, Dia bagi saya platinum! 
God is good, all the time! All the time, God is good!

Sigu Lulu, sudah dapat platinum, kenapa masih benih? Bukan ko menuai sudahkah? Jawapannya, belum ya saudara-saudari. Kerana saya masih lagi menabur benih. Belum habis tabur bah. Belum cukup matang. Saya masih mau bawa benih saya ini ke peringkat yang lebih tinggi. Bilang orang, 
"Aim for the sky. You are sure to land among stars"

May the tears I cried in 2022 water the seeds I planted for 2023!!

Terbaru Lebih lama