CDL Hands-On Online Session Sabah (Siri 36) — Penggunaan D'TUM dalam Membantu Murid Menukarkan Unit Masa Jam ke Minit Melibatkan Pecahan (Matematik Tahun 5)

Hai kopisanangan, salam sejahtera kepada semua. 
Entri kali ini merupakan penghargaan khas untuk Team Cikgu Mitatabang Sabah, terutamanya Puan Sharon SISC+ Matematik PPD Kota Kinabalu, kerana telah menjemput saya untuk menjadi pembentang dalam CDL Hands-On Online Session Sabah bagi Siri 36. Apa itu CDL? CDL ialah akronim kepada Connecting Dots Learning. 
Dalam perkongsian ini saya telah membentangkan inovasi sulung saya iaitu D'TUM. D'TUM ialah akronim kepada Dam Tukar Unit Masa, satu inovasi untuk membantu murid menukarkan unit masa jam ke minit melibatkan pecahan. Melalui penggunaan D'TUM ini, murid-murid yang tidak menguasai operasi darab dan bahagi dapat menukarkan unit masa tersebut dengan mudah dan pantas.
Perkongsian melalui pelantar zoom ini telah dihadiri oleh lebih kurang 200 orang penonton dalam kalangan guru dan juga ibu bapa. Satu pengalaman yang amat menarik kerana ini merupakan pengalaman pertama saya membentang melalui pelantar ini. Lebih mengujakan lagi, moderator bagi siri ke 36 ini ialah rakan pengajian saya di UTM, Skudai, Cikgu Mariani John @ Marylyn, juga merupakan seorang guru inovasi. Semoga pihak CDL Sabah dapat memberikan saya peluang sekali lagi untuk menjadi pembentang kerana saya ada banyak perkara yang boleh dikongsikan lagi hihihi...
Sehari selembar benang BKD:
Mitatabang ialah bahasa Dusun yang bermaksud kerjasama atau bantu membantu.

Akhir kata, terima kasih Team Cikgu Mitatabang Sabah!!!




Terbaru Lebih lama