Webinar SUMORIBAU STEM PaDu Siri 3: YouTube : Pelantar Digital Pilihan Guru Meningkatkan Kompetensi Digitalisasi Pendidikan dan Amalan STEM

Kopisanangan dan salam sejahtera semua.

Tanggal 25 Julai 2023 merupakan satu tarikh yang sungguh istimewa. Bukan sahaja tarikh ini merupakan tarikh kelahiran anak saya yang keempat, tetapi tarikh di mana saya berpeluang sekali lagi bersama #adikberadikAYU bersiaran bersama dalam program Webinar SUMORIBAU STEM PaDu Siri 3. Webinar ini adalah salah satu program pengisian sempena STEM FIESTA PPD KUDAT 2023. Program merupakan kolaboratif padu antara Unit Sains & Matematik dan Unit TVET Sektor Pembelajaran, PPD Kudat, Sabah dengan kerjasama JPN Sabah dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan tagline SUMORIBAU STEM PaDu (Pendidikan Digital untuk Murid dan Guru).

Dalam Webinar ini saya telah berkongsi dalam slot yang kedua dengan tajuk YouTube : Pelantar Digital Pilihan Guru Meningkatkan Kompetensi Digitalisasi Pendidikan dan Amalan STEM.

Terima kasih PPD Kudat atas jemputan ini!




Terbaru Lebih lama