WACANA PENDIDIK (W-Pen): PERSIDANGAN PENDIDIK NEGERI SABAH KALI PERTAMA 2023

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah sekali lagi melakar sejarah kerana telah berjaya menganjurkan program Wacana Pendidik (W-Pen) : Persidangan Pendidik Negeri Sabah Kali Pertama 2023 pada 11 Mei 2023 yang diadakan di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah dan seterusnya di Hotel Raia, Kota Kinabalu untuk majlis perasmian penutupan.

Persidangan ini merupakan satu program hasil kolaboratif antara Sektor Pembelajaran JPN Sabah dengan School Improvement Specialist Coaches (SISC+) yang telah disokong penuh oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (TSKN). Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Persidangan yang bertemakan Pengajaran dan Pembelajaran Bermakna, Memacu Kelestarian Pendidikan Berkualiti ini telah dihadiri oleh 80 orang pembentang dan 130 orang peserta yang terdiri daripada SISC+ dan para pendidik negeri Sabah.

15 orang daripada 80 orang pembentang telah dianugerahkan dengan pingat emas. PPD Kota Marudu telah berjaya merangkul 5 pingat emas. Penerima pingat emas tersebut ialah Dr. Mohd Azizuan Abdullah (SISC+), Puan Barbara Rantai (SISC+), Dr. Latifah Ayang (SMK Tandek), Puan Rosmaria Larin (SMK Bandau) dan saya sendiri, Puan Lusia Gampalid (SK Kota Marudu II). 

Syabas dan tahniah kepada PPD Kota Marudu!!



Terbaru Lebih lama