I AM AN ANDROID CERTIFIED APPLICATION DEVELOPER!

Hai salam sejahtera dan kopisanangan!

Syukur puji Tuhan, akhirnya satu lagi sijil pembelajaran digital berjaya diperolehi. Ini merupakan sijil ketiga yang diperolehi dengan mengikuti kursus yang ditawarkan secara percuma oleh AMC College. 

Android Certified Application Development merupakan satu IT Course yang ditawarkan oleh AMC College. Bagi mendapatkan sijil ini, kita perlu menghadiri kelas selama 70 jam secara bersemuka atau secara dalam talian. Oleh kerana saya tinggal jauh dari Kota Kinabalu (lebih kurang 3 jam perjalanan kereta dari Kota Marudu), saya telah memilih kelas secara dalam talian yang dikendalikan oleh seorang tutor bertauliah melalui Google Meet. Kelas ini dijalankan pada waktu malam, dari Isnin hingga Khamis. Sesudah selesai 70 jam masa interaksi, satu ujian perlu diduduki. Ujian ini merupakan 45 soalan objektif (aneka jawapan) dan kita perlu mendapat sekurang-kurangnya 70% markah bagi melayakkan diri untuk mendapat sijil pengiktirafan.

Bagi saya yang tiada asas dalam programming ataupun coding, kursus ini agak tough untuk difahami. Namun, di mana ada usaha, di situ ada kejayaan. Yang penting YAKIN (boleh buat), FOKUS (untuk buat) dan DOA (agar Tuhan memberikan kebijaksanaan). 

Next step, bangunkan satu apps untuk video-video PdPc saya. Doakan saya teman-teman!


Bagi yang berminat untuk mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan secara percuma oleh AMC College, anda boleh klik pautan di bawah ini dan pilihlah kursus yang ingin sertai. JOM TAMBAH ILMU!

https://drive.google.com/drive/folders/1KwYRVYICng7Scgrolg2f5_1bU0RiDnPE

Terbaru Lebih lama