ANUGERAH IKON: GURU PENDIDIKAN MAYA & ANUGERAH KHAS PENDIDIKAN: PENCIPTA KANDUNGAN DIGITAL 2020

Salam sejahtera dan kopisanangan!

Salam Sepakat Sabah Hebat dan Salam Malaysia Madani.

Sambutan Hari Guru peringkat PPD Kota Marudu 2021 melakarkan sejarah yang pertama bagi saya apabila dinobatkan sebagai penerima kepada dua anugerah; 


ANUGERAH IKON: GURU PENDIDIKAN MAYA 2020


ANUGERAH KHAS PENDIDIKAN: PENCIPTA KANDUNGAN DIGITAL 2020

Sepanjang saya berkhidmat sebagai seorang guru, tidak pernah terdetik sekelumit pun saya akan mendapat sebarang anugerah selain daripada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, apatah lagi untuk meraih sebarang anugerah dalam bidang digital. 

Namun, pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia pada awal tahun 2020 telah merubah saya 100%. Berhadapan dengan pdpr yang amat mencabar bagi saya (kerana saya buta IT), saya memberanikan diri untuk mendaftar menjadi pelajar Akademi Youtuber Malaysia (AYU). Dalam AYU saya merangkak belajar untuk menjadi celik IT. Belajar untuk menghasilkan video-video pdpc untuk kegunaan pdpr saya. Belajar untuk memberikan kelas secara dalam talian. Semuanya untuk murid-murid saya. Saya tidak mahu mereka tercicir. Saya tidak mahu pandemik itu memutuskan penyampaian ilmu untuk murid-murid saya. Saya mahu buat yang terbaik untuk mereka. 

Saya tidak pernah menyangka nawaitu baik saya itu diberkati Tuhan. Pengiktirafan ini menyedarkan saya bahawa untuk mendapat berkat daripada Tuhan, saya terlebih dahulu perlu menjadi berkat kepada orang-orang di sekeliling saya.

Mengimbas kembali perjalanan saya untuk mendapat anugerah ini, amat manis untuk dikenang namun agak pahit ketika melaluinya. Jangan ditanya berapa banyak wang yang telah saya laburkan. Jangan diungkit berapa banyak airmata yang saya alirkan tatkala semua orang sudah lena dibuai mimpi, saya masih berjaga untuk menyiapkan satu video yang terbaik dan mudah difahami. 

Dalam AYU, bukan berapa ramai subscriber yang ingin dicari, tetapi berapa banyak ilmu yang sudah ditimba, dan berapa banyak pula yang sudah diberikan semula kepada orang-orang disekeliling kita. 

Mari kita terus memberi!

"Jadilah berkat kepada orang-orang disekelilingmu"

Terbaru Lebih lama