MAJLIS APRESIASI PENGURUSAN SEKOLAH (MAPenS) 2023 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (MAPenS) diwujudkan bagi menghargai perjuangan dan pengorbanan guru dalam memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak bangsa. Penganjuran majlis ini juga mampu memberikan ruang untuk Jawatankuasa Hari Guru Negeri Sabah untuk memilih calon yang berkelayakan untuk dibawa ke Hari Guru peringkat Kebangsaan yang diadakan setiap tahun.

Antara objektif MAPenS ialah untuk meningkatkan nilai dan jati guru untuk menghayati dan mencintai profesion keguruan, membudayakan kebersamaan guru dalam penyampaian pendidikan berkualiti, memupuk semangat perpaduan untuk keharmonian dan kemakmuran negara serta membugarkan nilai etika, integriti dan amalan mulia dalam kalangan guru.

Dalam MAPenS 2023 ini, seramai 48 orang guru telah diberikan anugerah dalam pelbagai kategori. Majlis yang berlangsung pada 17hb Ogos 2023 di Grand Ballroom, Magellan Sutera Harbour, Kota Kinabalu ini melakarkan sejarah buat diri saya sendiri dalam perkhidmatan saya sebagai seorang guru selama 16 tahun. Inovasi sulung saya iaitu D'TUM berjaya menarik perhatian pihak juri dan akhirnya berjaya menobatkan saya sebagai penerima ANUGERAH GURU INOVATIF (Ketiga). Syukur puji Tuhan! Tidak sangka BBM yang saya gunakan dalam kelas sebagai pemudahcara murid-murid menukar unit masa melibatkan pecahan ini begitu istimewa pada mata para juri.


Terima kasih tidak terhingga buat JPN Sabah atas pengiktirafan ini. Ini pastinya akan menyuntik semangat saya untuk terus berkarya dalam dunia pendidikan.


Sedutan video majlis ini boleh ditonton pada pautan dibawah. Video ini merupakan rakaman daripada Berita RTM.

PAUTAN VIDEO RAKAMAN BERITA RTM

BUKU ATURCARA MAPENS 2023


Terbaru Lebih lama