ANUGERAH INOVASI (ANINOS) PENDIDIKAN DAN KONVENSYEN DTP (#54 PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH) JPN SABAH TAHUN 2023

Kopisanangan dan Salam Sepakat Sabah Hebat!

Entri kali ini merupakan coretan pengalaman saya dalam menghadiri Majlis Anugerah Inovasi (ANINOS) Pendidikan yang diadakan di Dewan SJK(C) Yuk Chin, Tawau pada 25-26 September 2023. Majlis yang berlangsung selama dua hari ini telah berjalan dengan lancar dan banyak memberi input positif bagi peribadi saya, seorang guru yang amat meminati inovasi pendidikan.

Hari Pertama: PENILAIAN POSTER DAN BOOTH PAMERAN

Penilaian dibuat sebanyak dua kali oleh dua kumpulan penilai. Dalam penilaian kedua, pempamer perlu membuat pembentangan selama 7 minit dan disusuli dengan sesi soal jawab.

                          
                        Bersama juri penilaian pertama

                                                                                  
                                                                          Bersama pengunjung booth pameran


Hari Kedua: PEMBENTANGAN INOVASI PENDIDIKAN DAN KATEGORI LAIN

Masa pembentangan adalah selama 10 minit sahaja dan disusuli dengan sesi soal-jawab. Dalam kategori Inovasi Pendidikan, seramai 9 peserta yang bertanding sama ada secara individu mahupun berkumpulan. Saya sendiri telah membentangkan PirSir (Piramid Sifir) ketika ini. PirSir ialah satu inovasi membina sifir dengan menggunakan blok piramid. Inovasi ini diilhamkan melalui Kisah Pedagang Arab. PirSir berjaya mendapat pingat perak dalam ANINOS 2023. Tahniah kepada semua pembentang! 


Pembentangan Inovasi Pendidikan PirSir


PirSir berjaya mendapat pingat perak


Sijil pempamer yang disampaikan oleh YB Lo Su Fui, ahli parlimen Tawau, Sabah


Terbaru Lebih lama