KONVENSYEN PEMBELAJARAN DIGITAL 2023 #KONVEDIGITSABAH

Hai kopisanangan dan salam sejahtera! 

Salam Sepakat Sabah Hebat dan Salam Malaysia Madani.

Selaras dengan aspirasi negara untuk membudayakan pembelajaran digital dalam dunia pendidikan, Konvensyen Pembelajaran Digital telah diadakan baru-baru ini anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Sabah, Fakulti Psikologi & Pendidikan Universiti Malaysia Sabah dan Yayasan Guru Tun Hussein Onn. Konvensyen ini merangkumi tiga segmen yakni segmen online, segmen bersemuka dan segmen pameran, bermula 20hb Februari dan berakhir pada 25hb Februari. Segmen pameran diadakan di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS). 

Dalam segmen online, ia melibatkan perkongsian secara dalam talian yang disampaikan oleh guru-guru hebat Guru Peneraju Generasi Digital (GPGD) daripada empat jalur kompetensi  iaitu Google, Microsoft, Apple dan Youtube. Segmen online ini boleh ditonton melalui pelantar YouTube, Facebook dan juga Twitter.

Entri kali ini saya akan fokus menulis mengenai GPGD jalur kompetensi Youtube. Ini kerana bukan sahaja GPGD jalur kompetensi Youtube ini merupakan rakan-rakan saya dalam Akademi Youtuber Malaysia (AYU), tetapi kerana saya sendiri terlibat secara langsung menjadi penceramah bagi SLOT 14 yang bertajuk YOUTUBE DAN PENGURUSAN, ditemani oleh Cikgu MJ selaku pegawai teknikal dan Ticer Sairo AGT sebagai moderator. 


Perkongsian mengenai Youtube dan Pengurusan ini banyak mengupas mengenai bagaimana Youtube ini boleh digunakan dan membantu dalam pengurusan, sama ada pengurusan sekolah mahu pun pengurusan program-program yang diadakan secara dalam talian. Dalam perkongsian ini saya turut mengongsikan cara mengendalikan sesuatu program dengan menggunakan STREAMYARD sebagai pelantar. Menariknya, para penonton yang mencecah 4227 orang pada sesi perkongsian ini turut berpeluang untuk sama-sama belajar secara "hands on" cara mengendalikan StreamYard.


Respon positif daripada rakan-rakan guru yang mengikuti siaran langsung secara dalam talian ini menjadi pemangkin semangat saya untuk terus berkongsi. Walaupun saya menyampaikan perkongsian dalam suasana santai, namun secara peribadi saya percaya bahawa saya telah berjaya memberikan perkongsian yang dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan guru di luar sana yang masih ragu-ragu untuk menggunakan digital terutamanya YouTube dalam menyampaikan ilmu. Sehingga kini, sesi perkongsian tersebut sudah mencecah 19k tontonan, walaupun ia baru sahaja berlangsung 2 minggu yang lepas. Rakan-rakan guru yang tidak berkesempatan menonton sesi perkongsian tersebut namun mempunyai keinginan untuk belajar cara untuk mengendalikan StreamYard, anda masih berpeluang untuk mempelajarinya dengan menonton di pautan di bawah ini. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh kemukakan di ruangan komen ya 😉😉

https://www.youtube.com/live/4ysVngwjysM?feature=share

  
Antara respon rakan-rakan guru dalam perkongsian ini

Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang telah sudi menonton kami!


Segmen online berakhir pada 22hb Februari 2023. Konvensyen ini disambung pula dengan segmen pameran. Segmen pameran ini bukan sahaja berjaya memberi saya banyak input dalam pembelajaran digital, namun ia memberi saya kesempatan untuk bersua muka dengan rakan-rakan AYU yang selama ini hanya ditemui dalam dunia maya. Rakan-rakan AYU ini merupakan Graduan Akademi Youtuber yang banyak terlibat dalam memberikan tuisyen secara percuma dalam talian dan juga banyak menyumbangkan video-video PdPc yang disalurkan dalam YouTube dari peringkat pra sekolah sehinggalah ke pra universiti. Kami adalah SUKARELAWAN AYU dan juga DIGITAL CONTENT CREATOR dalam dunia pendidikan!! 


Dalam pameran ini, saya turut mempamerkan satu buku penulisan saya iaitu YOUTUBE DAN PENGURUSAN.


Sebelum mengakhiri entri ini, saya sekali lagi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Akademi YouTuber Malaysia (AYU) kerana telah berjaya membina diri saya daripada zero dan takut kepada cabaran dunia digital menjadi seorang yang kini berani dan mampu berkongsi dengan yakin dalam dunia digital pendidikan. Bersama kita mendukung Transformatif Budaya Pembelajaran Digital!
                            
Terbaru Lebih lama